CETAKAN BULANAN (September 2017)




Senarai Judul-judul yang dicetak bulan ini (cetak ulang dan baharu) :

1) Kitab IJTIHAD DAN TAQLID, al-‘Allamah asy-Syeikh Taha Habib.
- Harga : RM 7.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 2 versi dalam satu kitab – Jawi dan rumi.
- Keterangan : Merupakan risalah kecil yang  disalin dan diterjemahkan daripada rencana fatwa bekas anggota Mahkamah Syariah Besar Mesir, yang diusahakan oleh Haji Mas’ud ibn Haji Zain al-‘Abidin (terbitan tahun 1932, Singapura). Antara kandungan kitab membicarakan; perihal Ijtihad dan Taqlid, dari segi syarat-syarat, pangkat-pangkat Mujtahidin dan sebagainya.

2) Kitab BAD’U SAMAWAT WAL ARDH (Kejadian Langit dan Bumi), 
Syeikh Nuruddin ar-Raniri
- Harga : RM38.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 2 versi dalam satu kitab – Jawi dan rumi.
- Keterangan : Kitab mengenai kejadian langit dan bumi.

3) Kitab LAALI NADIYYAH, Syeikh Muhammad bin Yusuf al-Khiyat
- Harga : RM 18.00
- Kitab ini dalam bahasa Arab sepenuhnya.  
- Keterangan : Kitab membicarakan ilmu Falak.

4) HIMPUNAN KARYA TENGKU MAHMUD BIN ABDUR RAHMAN AL-FATHANI.
- Harga : RM 68.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu dan Arab. Untuk yang bahasa Melayu adalah jawi sepenuhnya.
- Keterangan : Kitab ini adalah himpunan karya-karya ulama yang juga Syeikhul Islam Selangor Darul Ehsan, Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.  Judul-judul kitab yang terkandung di dalamnya adalah :

5) Risalah KEJELASAN BUAT MAKAN KEMATIAN
Haji Ahmad bin Haji Abdul Wahab al-Fusani
- Harga : RM 7.00
- Risalah ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 2 versi dalam satu kitab – Jawi dan rumi.
- Keterangan : Risalah ini membicarakan perihal hukum memberi makan dalam majlis kematian seperti tahlil, disertakan sumber para ulama silam muktabar . Turut dibicarakan berkaitan menunggu kubur.
- Risalah ini turut dilampirkan ‘Syair Ceritera di Dalam Kubur – Azab dan Nikmat’, karya Haji Abdullah bin Haji Muhammad Sa’id.

6) Kitab JANGKA RAMPAIAN, Qadhi Abu Bakar Muar Johor
- Harga : RM 28.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 1 versi  sahaja iaitu jawi sepenuhnya.
- Keterangan : Kitab ini adalah mengenai ilmu masakan, karya ulama yang juga bekas qadhi Johor.  Selain membicarakan resepi-resepi masakan, terutamanya pelbagai jenis nasi, kitab ini juga membicarakan ilmu berkaitan kedapuran, seperti aturan di dapur, penyediaan makanan, dan lain-lain. Turut dilengkapi khasiat bagi jenis-jenis makanan tertentu, seperti biji-bijian, jenis susu, buah-buahan dan lainnya, selain ada disertakan hadith Nabi S.A.W.

7) Risalah AMAL MAKRIFAH BERSERTA TAQRIN, Syeikh Abdur Rahman Siddiq al-Banjari
- Harga : RM 10.00
- Risalah Tasawuf ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 1 versi sahaja iaitu jawi sepenuhnya.

8) Kitab BICARA RABITAH
Terjemahan oleh Syeikh Ismail bin ‘Abdullah al-Khalidi al-Minkabawi
- Harga : RM 15.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi  1 versi sahaja iaitu Jawi. Namun turut disertakan pengenalan ringkas perbicaraan Rabithah oleh TG Haji Wan Mohd Shaghir ‘Abdullah.

9) HIMPUNAN KITAB TURATH – PERUBATAN- DI ALAM MELAYU, Pelbagai Pengarang.
- Harga : RM 55.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 1 versi sahaja, iaitu jawi sepenuhnya.  
- Keterangan : Kitab ini adalah himpunan kitab-kitab turath di alam Melayu yang membicarakan ilmu perubatan. Ada di antaranya mengandungi keseluruhan kitab, seperti kitab Thayyibul Ihsan (Syeikh Ahmad al-Fathani), dan terdapat juga hanya dilampirkan sebahagiannya sahaja (hanya dilampirkan berkaitan ilmu perubatan sahaja) seperti kitab Tajul Muluk, antara kitab perubatan yang sangat terkenal di Nusantara, Khazinatul Insan, Majmu’ al-Fawa’id dan sebagainya.

10) Kitab IRSYAD AL-‘IBAD – PENJAGA DAN BEKAL AKHIRAT
- Harga : RM 10.00
- Kitab ini dalam bahasa Melayu, mengandungi 1 versi sahaja iaitu jawi sepenuhnya.
- Keterangan : Kitab ini merupakan terjemahan beberapa hadith Nabi s.a.w., petikan dari kitab Munabbihatul Qulub, Syeikh Ibn Hajar al-Qastalani. Terjemahan oleh ulama muktabar Nusantara, iaitu Syeikh Uthman bin Syihabuddin al-Funtiani.

Pesanan boleh dibuat melalui berikut :

I) Agen-agen Khazanah Fathaniyah. Senarainya adalah berikut :

II) Melalui laman sesawang Khazanah Fathaniyah : www.khazanahfathaniyah.com.my

III) SMS/ Whatsapp no. mobile rasmi KF : +6011-3753 1200

IV) Terus ke kedai buku Khazanah Fathaniyah di alamat berikut :

No.16-1, Jalan Setiawangsa 8,
Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur.
MALAYSIA.
No. Tel : +603- 4265 6444
No. Faks : +603- 4265 6446

Waktu Operasi : 
Isnin - Ahad - Buka jam 9.30 pagi - 5 petang.
TUTUP : Setiap hari Selasa dan Cuti Umum Malaysia.

_________


MAKLUMAN :

Pihak kami tidak menyarankan pesanan pembelian dibuat melalui emai  atau mesej di facebook Khazanah Fathaniyah. Ini kerana kedua medium tersebut (email dan facebook) hanya digunakan untuk urusan lain, tidak urusan jual-beli. Oleh itu, berkemungkinan setiap mesej dibalas agak lambat jika dihantar melalui email / facebook.

Mohon maaf dan terima kasih.




_________

IKLAN :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan